ane coba cetak ulang nih info bwt agan2 yg blum tw APA HUKUM NYA BILA
SEORANG SUAMI MENJILAT KEMALUAT ISTRI,tidak perlu munafik ane jg pernah
liat film2 video sex luar negri yg sllu mlakukan hal sperti itu
,tapi bgaimna dgn di negara kita dan bagaimna hukum dgn agama kita
masing2 (NO SARA & NO BATA),jadi kali ini ane mw mgkaji ulang ni bwt
agan2 untuk mbaca dan mnyimak baik2 Apa hukum dr menjilat kemaluan
istri ???
Hukum suami menjilat kemaluan isteri
Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara
terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat
kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika
ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan
seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri
anda?
Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justru
Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa
haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang
khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang
melarang,ini menyebabkan berlakunya perbedaan pendapat di kalangan ulama
Islam.Ulama sepakat bahwa jika sekadar menyentuh atau menggosok
kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’,dapat dibenarkan menurut
para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan
syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net)
berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat
tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya.
Menelan atau menghisap adalah MAKRUH disisi Islam krna ia salah satu
bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan
melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks
melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya,
adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang
melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir,
Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di
Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan,tindakan ini harus selagi mana
ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada
pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan
pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina
kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh
Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh
dipanjangkan perbahasannya, yaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam
keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini
dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku krna bagi sseorang
yang normal,nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair
pelincir yaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti
pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi
ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari
menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram
memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan
sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan
haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk
menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan
menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara
yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia
adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit
kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh
dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut
undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan
sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam
bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini
adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat
memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar
darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila
(air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi
akan menyebabkan penyakit baginya."
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, yaitu
sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kpd kesehatan
pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini
juga bersetuju untuk menganggapnya haram jika dapat dipastikan dan
dibuktikan dari sudut saintifik,ia boleh membawa bakteria dan
menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahwa
bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di
kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh
membawa penyakit kemaluan disbbkn bagian mulut pasangan yang mpunyai
banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebagian binatang, seperti anjing. Dan kita
mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang
untuk tasyabbuh (menyerupai) hewan-hewan, seperti larangan beliau turun
(sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan
mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahwa
Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh
(menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna
larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan hewan-hewan-sebagai
penguat yang telah lalu, apalagi hewan yang telah diketahui keburukan
tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini –
merasa tinggi untuk menyerupai hewan-hewan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang
digunakan oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh,namun saya
tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang
ini.
Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai
haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga
menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan
‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan
si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti.
Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya.
Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.?
Sudah tentu tidak.
Kesimpulan
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita
perbedaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap
pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahwa :
1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang
lebih sehat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.
2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka
dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga
dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan
aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit.
Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika
perbuatan ini sgja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau
golongan bukan Islam dan juga binatang.
3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam
mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sm juga
seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses
melalui dengan bagian kimia).
4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh
Islam atau disebut ‘rukhshah’ kpda pasangan yang amat perlukannya bagi
mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau
lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5. Hukum mlkknnya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan
sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan
hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina
dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh
Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina.
Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya
adalah haram jua”.
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas
bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan
masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini
benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga
kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu
dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang
semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan
masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang
sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak
ditawan olehnya kelak.
sumber
Categories: